Game Concept Document (GCD)
/ Dokumen Konsep Permainan
Konsep Tinggi | High Concept :
Konsep tinggi bagi permainan The Scientist Meow adalah permainan pendidikan yang membawa kanak-kanak masuk ke dunia fantasia sains untuk mempelajari dan meminati ilmu sains.
Penerangan dan Sinopsis Penceritaan | Description and Story Synopsis :
Pemain dalam permainan The Scientist Meow ini merupakan pembantu atau pelajar Scientist Meow. Pemain perlu membantu Scientist Meow menyelesaikan masalah sambil belajar pengetahuan sains. Pada suatu hari, Scientist Meow sedang menjalankan satu eksperimen dan berjaya mendapatkan keputusan yang amat penting. Scientist Meow menulis keputusan ini di dalam laporan eksperimen. Tiba-tiba, musuh Scientist Meow iaitu tikus Calvin datang dan mencuri laporan penting eksperimen ini. Sebagai pembantu Scientist Meow, pemain bertanggungjawab untuk membantu Scientist Meow mencari balik laporan tersebut. Untuk mencari laporan tersebut, pemain perlu belajar sambil menyelesaikan masalah yang akan berlaku.
Mata Penjualan Unik | Unique Selling Point (USP) :
- Permainan ini menggunakan platform Adobe Flash Player.
- Sesuai dimainkan menggunakan telefon pintar, komputer atau tablet.
- Permainan yang berkonsepkan sains dan fokus pada tajuk sains yang paling popular di dunia.
- Antaramuka yang menarik dan definasi yang tinggi.
- Permainan yang paling baik untuk dimain oleh kanak-kanak dan pelajar di sekolah.
- 80% Ibubapa dan cikgu setuju menggunakan permainan ini untuk tujuan mengajar.
Fitur Permainan | Game Features :
Pemain akan menggunakan konsep sambil belajar sambil menyelesaikan beberapa aras permainan yang ada berkaitan dengan sains dan logik. Point of view dalam permainan ini adalah pandangan orang ketiga. Pemain akan berinteraksi dengan permainan ini menggunakan cara yang mudah dan senang iaitu hanya klik menggunakan tetikus. Pemain akan masuk ke dalam dunia fantasia untuk membantu Scientist Meow memcari balik laporan penting yang disembunyi oleh musuh tikus Calvin. Permainan ini menggunakan revolusi tinggi (High definition) dan akan mengajar pemain tentang ilmu sains.
Kategori Permainan | Genre of Game :
Permainan ini adalah sejenis permainan pendidikan (Educational games) yang mempunyai ciri-ciri puzzle games dan adventures games.
Sasaran Pelantar | Target Platform :
-Komputer
-Telefon pintar
-Internet
*Permainan ini menggunakan bahasa pengaturcaraan Actionscript 3.0 (Flash) dan sesuai dimain pada platform komputer, telefon pintar dan secara atas talian (online games).
Sasaran Pemain | Target Gamers :
Sasaran pemain bagi permainan The Scientist Meow adalah kanak-kanak tadika, pelajar –pelajar di sekolah rendah,menengah.
Permainan ini berkonsepkan pendidikan dan boleh dipromosikan melalui kementerian pelajaran dan sekolah-sekolah swasta. Untuk pasaran keluarga, permainan ini juga sesuai dimain oleh setiap keluarga tidak kira bangsa, agama dan budaya.
Analisis Saingan | Competitive Analysis :
-Kebanyakan permainan yang berkonsep sains telah dikeluarkan oleh pembangun permainan syarikat lain.
-Permainan pendidikan yang dihasilkan oleh syarikat lain tidak mengikut silibus mata pelajaran sains yang telah ditetapkan oleh kementerian Pendidikan serta tidak berfokuskan pada pendidikan (out of topic), malah hanya berfokuskan pada kualiti grafik.
-Tajuk sains yang dipilih oleh syarikat lain dalam permainan pendidikan tidak menarik perhatian kanak-kanak dan pelajar.
-Beberapa kajian menunjukan permainan pendidikan yang dipasaran agak membosankan.
-Kebanyakan permainan pendidikan hanya boleh dimain melalui komputer atau secara online yang perlu dibayar.
Risiko | Risks :
-Permainan ini menggunakan Actionscript 3.0 telah menyebabkan permainan ini tidak dapat di install dalam platform android.
-Kes cetak rompak telah menyebabkan jualan permainan ini merosot.
-Masa perlu cukup untuk membangunkan permainan ini.
-Bahasa yang digunakan dalam permainan ini perlu dipelbagaikan.
Comments